Top

Pubu飽讀電子書

Jejak Ketamadunan Dalam Alquran V2

5分,共1人評分。
出版日期:2016/12/27
出版:Humaira / Humaira Publication
作者:Syahruddin El-Fikri
語言:Bahasa Melayu(馬來文)
檔案格式: PDF(適合平板)
頁數:344
ID:86372

月費吃到飽

每月91元起
立即訂閱
※站內所有提供的內容皆為電子書版本。

內容簡介

Al-Quran adalah kata-kata Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk bagi umat manusia. Tiada sedikit pun keraguan di dalamnya.

Hal-hal yang diceritakan di dalam al-Quran sangat sempurna dari sudut ibadah, muamalah akhlak, hukum sehingga sudut sejarah.

Sejak abad 14 abad yang silam, al-Quran telah menceritakan pelbagai peristiwa yang terjadi dan dialami umat-umat yang terdahulu itu, bermula dari kehidupannya sehingga pelbagai peninggalan mereka. Kini setelah ribuan tahun terpendam, para ahli arkeologi berjaya menemui dan membuktikan kebenaran al-Quran tentang jejak dan peninggalan umat terdahulu.

Semua kisah-kisah ini tidak lain untuk dijadikan pedoman dan pengajaran supaya manusia setiasa beriman dan taat kepada Allah SWT.

Di dalam buku dijelaskan secara ringkas tentang tempat-tempat atau jejak dari kaum terdahulu itu. Bermula dari peninggalan Nabi Daud AS, tempat pertempurannya melawan Jalut (David versus Goliath), istana Sulaiman, peninggalan kaum Saba’, perubahan akhlak manusia secara menyeluruh, kedudukan tembok Dzulqarnain, sehingga kepada lokasi gua Ashabul Kahfi.

Buku ini ditulis dan diulas dengan bahasa sederhana berdasarkan keterangan al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW. Ia juga dilengkapi dengan gambar-gambar hasil penemuan serta analisis pakar dari pelbagai bidang dan sejarawan untuk memudahkan pembaca memahami isi kandungannya.

留言Facebook

顯示更多